Sunday, April 27, 2008

Interview BLACK...

INTERVIEW bersama Black.



Salam,

Maaf lambat reply. Saya baru pulang dari Nepal. Dibawah ialah jawapan saya.

1.SALAM,CERITAKAN SEDIKIT PROFIL RINGKAS DIRI ANDA?

Nama saya Amin Iskandar atau dikenali sebagai Black. Selain menyanyi, menulis lirik dan membuat lagu, saya juga adalah kolumnis di web portal Malaysiakini. Menulis mengenai isu-isu semasa, politik dan senibudaya.

2.TELAH BERAPA LAMA BERJUANG DLM NYANYIAN IRAMA TERSENDIRI?

Mula berminat dengan muzik 15 tahun lalu. Keluarga menghadiahkan gitar. Pada mulanya tidak begitu serius.Tetapi lama kelamaan mula menulis lirik dan lagu sendiri. Kira-kiranya mula aktif menyanyi dan menulis lagu lebih kurang 5 tahun lalu.

Selain daripada itu saya turut terlibat dalam dunia "basking" di Kuala Lumpur. Disitu saya bertemu penyanyi folk yang lain seperti Meor dan Bin Jidan. Ini mempengaruhi saya untuk mencari "irama sendiri".

3.(HENTIKAN PERANG SEKARANG) PANDANGAN ANDA TERHADAP RILISAN ALBUM TERSEBUT?BERAPA LAMA MASA KERJA2 RAKAMAN MENGHASILKANNYA?

Menghasilkan album adalah satu perkara yang ingin dilakukan sejak 3-4 tahun yang lalu. Akan tetapi ianya sering tertangguh akibat kesibukkan saya dalam dunia aktivisme yang menyebabkan ianya terhalang.

Selepas saya pulang dari Korea Selatan pada tahun 2007, saya terus memulakan kerja-kerja untuk merakamkan album. Dengan bantuan kekasih, rakan-rakan seperti Meor, Ben Jidan, Rahmat Haron dan beberapa orang lagi, ianya akhirnya terhasil.

4. APAKAH MESEJ2 KENTAL YANG DIKONGSI BERSAMA PENDENGAR,MENYELINAP KE SANUBARI ANDA?

Mesej penting yang saya ingin kongsikan bersama pendengar ialah betapa pentingnya kemanusiaan. Jika anda lihat balik susunan lagu di album saya dan fikirkan secara mendalam, anda akan dapat tangkap apa yang ingin saya sampaikan.

5.SAYA AMAT MEMINATI LAGU-BURHANUDDIN AL-HELMY,BILAKAH LAGU ITU DICIPTA,CERITAKAN SEDIKIT SINOPSIS MESEJ DIDALAMNYA....

Lagu itu saya cipta pada tahun 2006 beberapa bulan sebelum saya berangkat ke Korea Selatan. Ramai juga yang tanya saya sebelum ini mengapa saya ciptakan lagu tersebut.

Dr. Burhanuddin Helmy adalah diantara tokoh kemerdekaan yang paling saya hormati. Saya meminati idea-idea beliau dan terinspirasi dengan keberaniaan beliau dan tokoh-tokoh kiri tempatan dalam melawan penjajahan.

Akan tetapai jasa yang dibuat oleh Dr. Burhanuddin dan beberapa tokoh yang lain tidak setimpal dengan penghargaan yang diberikan oleh pemerintah sekarang. Jika anda ke Taman Tun Dr. Ismail anda akan bertemu dengan Jalan Burhanduddin Helmy. Atau jika anda ke Universiti Kebangsaan Malaysia anda akan terjumpa Kolej Burhanuddin Helmy. Bagi saya ini masih lagi belum mencukupi.

Sebab itulah saya ciptakan lagu untuk Burhanuddin Helmy. Saya menganggap beliau mewakili tokoh-tokoh kiri yang memperjuangkan kemerdekaan.

6.ADAKAH ANDA MENGIKUTI PERKEMBANGAN MUZIK UNDERGROUND TEMPATAN?

Tidak begitu mengikuti. Tetapi mengetahui perkembangan daripada teman-teman yang aktif dalam muzik underground.

7.APAKAH MAKANAN DAN MINUMAN KESUKAAN?

Makanan kegemaran saya ialah Ayam Masak Kicap manakala minuman kegemaran saya ialah neslo tarik.

8.JOE KIDD,SEJAUH MANA ANDA MENGENALI BELIAU?

Saya mula mengenali Joe Kidd lebih kurang 7-8 tahun yang lalu. Pada tahun 2004, saya dan beliau bersama beberapa penggiat seni telah ke Korea Selatan untuk menghadiri Gwangju Biennale 2004.

Beliau adalah diantara orang yang memberikan galakan kepada saya untuk aktif dalam dunia muzik. Tanpa galakan dari beliau, mungkin saya tidak sampai ketahap untuk mengeluarkan album.

Beliau juga seorang yang supportive. Album saya juga ada dijual dikedainya, Ricecooker, Central Market.

9.SAMBUTAN TERHADAP ALBUM INI,MEMANDANGKAN IANYA DIPASARKAN SECARA TOTALLY INDEPENDENT?

Sambutan baik. Tetapi masih lagi kurang promosi. Akhir-akhir ini juga saya kurang menbgadakan persembahan. Jadi kuranglah album terjual. Mungkin selepas ini saya perlu lebih aktif lagi mengadakan persembahan.

Mungkin saudara juga boleh membantu untuk promosi?

10.LAST WORDS BUAT PEMINAT2 DAN PEMBACA FANZINE THE CORE SYSTEM?

Kepada peminat dan pembaca fanzine The Core System, satu sahaja pesan saya. Teruskan berjuang untuk apa yang anda percaya dan minati.

Jika ingin mendapatkan album saya, sila klik http://kugiranjalanan.wordpress.com/ atau pergilah ke Ricecooker, Central Market untuk mendapatkannya. Salam untuk semua.

Terima kasih.

0 comments: